Khamis, 24 April 2008

Warkah Buat Afendy

Sebenarnya sudah lama warkah ini ditangguh penulisannya, mungkin pertemuan dengan anda baru-baru ini membuat perasaan menulis itu datang tanpa dipinta.

Saudara,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita tapi orang lain tak anggap macam tu.

Kadang-kadang kita rasa kita tidak pernah buat salah pada orang lain tetapi kenapa orang lain cakap kita bersalah.

Saudara,

Perit menjadi pemimpin, payah memimpin manusia, sukar memuaskan hati orang lain...

Tapi, sejauh mana kita sekurang-kurangnya berterima kasih kepada orang yang memberi teguran dan nasihat kepada kita, sejauh mana rasa syukur kita masih ada orang yang menilai kerja kita.

Saudara,

Satu hari nanti jika saudara menjadi seorang pemimpin di luar, sebenarnya lebih banyak ujian dan dugaan yang akan saudara hadapi.

Kita mesti ingat, tidak semua orang menyukai kita, tidak semua orang menyenangi sikap kita, mungkin ada yang benci mungkin ada yang sayang.

Tetapi, suka untuk saya ceritakan apa yang Dr. Fadzilah Kamsah katakan iaitu untuk orang sekeliling kita merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat kita ataupun aset buat diri kita.

Teguran mereka bermakna...

Nasihat mereka berguna...

Pujian mereka bernilai....

Saudara,

Pemimpin harus tenang.. (saya juga harus sentiasa tenang)

Pemimpin harus menepati masa...(janji pukul 4.30 tetapi hadir pukul 5)

Pemimpin harus bijak menyusun kata...

Dan banyak lagi...

Mesti ada yang mengatakan saya hanya membuang masa menukil warkah ini, kan saudara seorang ahli kauseling?

Siapalah saya...

Tetapi apa guna sahabat jika tidak saling menegur..

Yakinlah, sekarang adalah masa didikan dan pra kepada alam sebenar di luar.

Sebenarnya warkah ini buat semua kepimpinan juga..

Warkah ini juga buat diri sendiri yang hina...

Maaf buat segalanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.