Rabu, 9 April 2008

Ideologi Mahasiswa Telah Tercabar..

Semalam saya sempat menghadirkan diri ke dalam sebuah forum yang melibatkan 2 tokoh pemimpin mahasiswa di UM iaitu YDP MPM dan YDP PMIUM (my society).

Perbincangan yang bertajuk Rasulullah Tokoh Penyatuan Ummah memang benar-benar membawa satu dimensi baru dalam dunia mencabar mahasiswa.

Apa yang menarik?

Forum menjadi hangat secara tiba-tiba apabila ada seorang mahasiswi meminta diberi peluang bertanyakan soalan. Pengerusi ketika itu yang seolah-olah hilang kawalan majlis terpaksa membenarkan mahasiswi tersebut bercakap setelah proses pujuk memujuk berlaku.

Lontaran yang diberikan adalah mengenai isu kolej kediaman kedua yang masih tidak menampakkan apa-apa hasil.

kemudian muncul seorang mahasiswa membidas jawapan yang diberikan oleh YDP MPMUM kerana pada hematnya tidak memenuhi kehendak soalan.

Masa seolah-olah sangat pantas bergerak sehingga kebanyakan yang hadir merasa tidak puas hendak menyatakan pendapat masing-masing.

Setelah forum berlangsung secara keseluruhan saya membuat kesimpulan :

  • Pemimpin harus bijak mengeluarkan kenyataan dan pendapat tanpa menyinggung mana-mana pihak.
  • Pemimpin harus menghargai setiap pendapat dan komen yang diberikan oleh golongan yang dipimpin.
  • Pemimpin masa kini wajar membuka pintu perbincangan seluas-luasnya agar setiap masalah dapat diketahui dengan mudah.
  • Pemimpin harus bijak mengawal emosi.

Saya memetik bicara saudara sheikh Umar yang saya kira menarik

Mahasiswa kini harus lebih bijak dan tidak timbul persoalan masuk pintu depan
keluar pintu belakang, Mahasiswa kini jika perlu keluar melalui tingkap,
keluarlah. Jika perlu keluar ikut bumbung buatlah. (lebih kurang)

Antara lain, YDP PMIUM ada menyatakan

" Yusuf Qardawi ada menyatakan bahawa. Kelemahan Penda'wah masa kini
adalah lebih banyak bercakap berbanding bekerja"

Sebagai rumusan terhadap keseluruhan program saya nak mengajak semua sahabat merenung kata-kata Imam Al-Ghazali dibawah

Gila penghormatan adalah terlarang. Namun, menjadi orang yang terhormat
adalah wajib menjadi tujuan setiap hidup insan.

"Jika manusia itu merasa hebat (besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.
Jika manusia merasa kuat makan, sebenarnya besarlagi perut lembu. Jika
manusia
merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang
buas. Jika
manusia merasa bangga dengan lasaknya sebenarnya lasak lagi unta.
jika manusia
bangga dengan rupa kecantikanya, sebenarnya cantik lagi burung
merak..Tetapi
HEBAT manusia adalah kerana ILMUnya.."

1 ulasan:

hisommudin berkata...

Salam, Ana syorkan selepas ini PMIUM mengadakan dialog tentang isu wanita kini...HEWI sebagai penganjur...Cabar intelektual anda...Apapun...Selamat maju jaya untuk anti dan PMIUM

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.