Selasa, 18 Mac 2008

Optimis..


Hari ni saya bertemu dengan seorang senior yang saya kagumi kecekalan hatinya.


Kenapa cekal?


Di dalam berseorangan membawa satu matlamat dia masih mahu berusaha ke arah kejayaan mencapai matlamat tersebut walaupun difitnah dan terdapat pelbagai salah faham...


Ceritanya menarik, hidup dan segar..


Sikap telus pada setiap manusia dan prinsip asas Islam menjadi pegangan beliau.


Pesanan beliau amat menyentuh hati saya..




Dalam diri kebanyakan pemimpin tersimpan sikap ego. Bila terasa diri hebat,
hilanglah rasa hormat terhadap manusia lain. Bila terasa diri hebat, idea
yang datang mungkin hasil bisikan syaitan...




Kata-kata ini pada pandangan saya adalah satu kebenaran yang jelas tertonjol dikebanyakan pucuk pimpinan sama ada di peringkat nasional mahupun persatuan kecil.


Kata-kata ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa iblis yang enggan tuduk kepada Adam dan dilaknat oleh Allah..


Sia-sia ketaatan iblis bertahun-tahun sebelumnya malah dimurkai oleh Allah S.W.T.


Firman Allah:-






Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,
sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan
takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir".


(Surah Al-Baqarah : 34 )



Tidak kira seseorang itu pernah memimpin ataupun sedang memimpin sikap ego dan sombong diri seolah-olah menjadi pakaian mereka. Sedar ataupun tidak keadaan ini sewajarnya ditangani dan diinsafi segera, hati sewajarnya rasa takut dan benci dengan keadaan ini.


Hendakkah kita berdiri sebaris dengan iblis menuju ke neraka.


Hati saya terasa gerun bila memikirkannya, terasa kaki ini dekat

benar dengan api neraka.


Ya Allah! Insaflah wahai Diriku..


Insaflah wahai pemimpin..


Insaflah wahai manusia..


Dalam diam kita harus optimis, doa keampunan harus dipinta segera dari Allah S.W.T.


Ya Allah, Sekiranya apa yang aku lakukan baik pada pandanganMu biarkanlah
ianya terlaksana, dan sekiranya apa yang aku rancangkan tidak baik pada
pandanganMu, Aku redha dengan ketentuanMu.


Terima kasih buat senior. (^_^)


2 ulasan:

Wan Nur Shuhada berkata...

Salam...
Alhamdulillah...Allah telah menunjukkan rasa kasihNya pd hambaNya melalui kurniaan sahabat2 yg sanggup menegur dan menasihati walau dalam susah mahupun senang...
berbahagialah hati walau diuji seribu dugaan...sesungguhnya Allah telah memilih di kalangan kamu sbg org yg bekepimpinan dan berkarismatik.
Pilihan Allah jualah yg paling tepat...
teruskan usaha demi mencapai mardhatillah...

-UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL-
-WE UNITE 4 ISLAM-

syudnuc berkata...

salam...
terkadang kehidupan ini seakan akan terlalu pelik...yang baik dikatakan jahat dan yang jahat sebaliknya...berada di landasan perjuangan juga seakan2 suatu ujian dari Allah. bukan sahaja dari musuh2 yang ingin menghancurkan tapi juga dari sahabat2 sendiri.
jika kita masih ingat, ust mad husin had tought us bout 'teori pertentangan'. aku tak pasti hadis atau apa tapi ada dikatakan 'khilaf itu rahmat'. bertentangan idea tak perlu dijadikan alasan untuk tidak maju ke hadapan. meletakkan terlalu banyak barier dan rahsia menyebabkan kita terlalu jauh... biarLah kita berbeza asalkan matlamat kita sama. terkadang terasa diri terlalu hina. tapi harus berjiwa besar dan meneruskan perjuangan. pejuang sebenar tidak kan wujud jika hanya duduk, mengikut telunjuk dan selanjar. harus mencari kelainan. ego hanya sekadar permainan diri. terkadang terlalu menylahkan org ego juga silap. manusia bersikap defensif. ada cara masing2...perjalanan masih jauh,,,namun kematangan akal, kekuatan jiwa harus dicari sekarang. dan tak akan tercapai andai tidak diuji.

jgn rasa sedih, jgn rasa sendiri. tetaplah teguh dan berdiri... sesungguhnya ada sahabat2 di belakang.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.