Rabu, 12 Mac 2008

Malaysia... Malaysia....






Hmm... rasa tak sesuai pulak kalau saya tak bersama-sama membicarakan arus politik Malaysia sekarang.

Negeri Perak, negeri kelahiran saya yang tidak pernah diterajui oleh Barisan alternatif telah terlepas dari genggaman Barisan Nasional.

Terkejut tak? Bagi saya, memang mengejutkan..lebih memberi kejutan adalah apabila Selangor, Kedah dan pulau Pinang pun membuntuti negeri tertumpahnya darah JWW Birch ini.

Kejatuhan BN seolah-olah mengenang kembali peristiwa Kepahlawanan Maharajalela membunuh JWW Birch pulak. (apa kaitan sejarah ni pulak? pikir sendiri ek)

Tapi, satu perasaan pelik pulak terjadi apabila mengenangkan sekeliling universiti saya pulak dipimpin oleh BA ( YB Izzah- menang di Pantai Dalam).

Buat yang menang, pesan orang biasa macam saya ni, buatlah yang terbaik buat masa depan negara. Bagi yang kalah, teruskan usaha berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Generasi baru yang tak boleh mengundi pulak.. KITA lah pencorak kepimpinan negara akan datang. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Persiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu.

Bagi yang berminat nak jadi menteri dan YB, dari sekarang saya harap moral anda dah terjaga... Jangan bila dah umur 30 ke 40 baru berubah jadi baik sebab nak bertanding.. Ianya tidak banyak membantu.

Buat orang Kelantan, itu pilihan anda jadi sokonglah kerajaan pilihan anda sebaiknya...

Harapan saya buat yang memimpin, pilihlah menteri dikalangan yang terbaik dari segala segi sesuai dengan jawatan yang disandang. Barisan menteri inilah yang akan menentukan arah undian rakyat akan datang. ( 4 tahun lagi, saya pun dah boleh mengundi)

Arus perubahan politik Malaysia dah berlaku, nampaknya satu nafas baru juga perlu dilakukan di peringkat mahasiswa. Apa yang akan dibawa? belum pasti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.