Ahad, 16 Mac 2008

Kenapa i-Gadis ?

Beberapa hari yang lepas, sahabat-sahabat yang mengenali saya pelik dengan tajuk blog saya. Mungkin perkataan gadis bagi mereka tidak signifikan dengan saya.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat yang berminat nak tahu, perkataan gadis merupakan jolokan kepada perempuan muda yang memperlihatkan kerememajaan. Jadi tidak ada salahnya saya menggunakan perkataan yang menarik ini sebagai nama blog saya..

Apabila timbul persoalan mengenai ini saya teringat akan satu peristiwa berkisar dengan perjuangan mahasiswa.

Kita (mahasiswa) sering melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara, ketelusan maklumat dan sebagainya. Namun begitu sejauh mana aplikasi yang ditonjolkan di dalam diri kita sendiri.

Sekiranya seseorang yang berada di dalam sesebuah kepimpinan itu bersuara menyatakan pendapat mereka, dan mereka seolah-olah mengecam sesetengah pihak kita seolah-olah masih terpukul dengan kenyataan tersebut.

Keadaan ini seolah-olah menunjukkan sikap yang sebaliknya buat seorang yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Apalah gunanya sesebuah perjuangan jika ianya sekadar retorik semata-mata.

Salah seorang sahabat saya yang belajar di fakulti pendidikan pernah menimbulkan persoalan kepada saya bagaimana dia merasa pelik akan sikap segelintir sahabat yang hanya tahu menyatakan kesalahan orang lain tetapi mereka sendiri melakukan kesalahan tersebut.

Malah mungkin lebih teruk lagi apabila dia menegur mengikut nafsu amarahnya.

Adakah kenyataan saya ini boleh menjadi isu? Entahlah... Yang pasti saya masih mentah dalam asam garam kehidupan sebegini dan di masa hadapan mungkin saya juga seperti mereka (harapnya tidak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.