Rabu, 5 Mac 2008

Drama untuk Semua...

Pelik kan?

Tajuk kat atas ni saya terfikir selepas menghadiri bengkel penulisan drama yang menemukan saya dengan seorang penulis yang saya kagumi iaitu Cikgu Abu.

Sape tak kenal Abu Hasan morad?

Ish... rugi tak kenal cikgu.

Penulis novel Julia (komsas tingkatan lima kat perak) dan penulis skrip Cinta Madinah yang disiarkan kat TV1 di sepanjang bulan Ramadhan.

Pengalaman bertemu beliau membuatkan saya terfikir akan masa depan hiburan Islam yang sebenarnya. Kenapa?

Semasa bengkel... Cikgu Abu bercerita

" Untuk pengetahuan kamu semua selepas sahaja balik dari penggambaran Julia di Perth Australia, saya menangis kerana dapat juga selesaikan penggambaran. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya tempuhi di sana. Sebab apa? Sebab wujudnya di kalangan krew yang tidak solat malah terdapat perselisihan faham di kalangan pelakon.. Tapi berbeza pula pengalaman saya menerbitkan Cinta Madinah. Penggambaran Cinta Madinah berjalan sangat lancar, mungkin sebab kita buat di Madinah jadi semua berebut-rebut nak solat di masjid tak payah diajak malah lebih kuat ibadah dari kita. Tetapi apa yang penting saya nak beritahu kamu pentingnya semua yang terlibat dengan drama Islamik ini agar menjaga Ibadah dan bukan sekadar berkarya" (lebih kuranglah, yang penting mesejnya)

Cikgu sambung lagi..

Sebab tu saya nak kamu pulak yang tulis lepas ni, malam ni bukan saya nak mengajar tapi saya nak tengok kamu mula menulis. ( suasana bilik seminar mula bising, yela orang datang baru nak belajar tapi tiba-tiba kena tulis pulak!)

Akhirnya, malam tu masing-masing mula menulis sinopsis drama sendiri, dan menurut cikgu beliau akan memilih 3 yang terbaik untuk dijadikan pilihan oleh TV3.. ( saya pun tulis jugak tapi tak pasti terpilih ataupun tak)

Tapi yang penting mesejnya adalah betapa pentingnya golongan yang faham Islam dan mendalami ilmu agama untuk menceburi bidang ini. Kita dah banyak ketingggalan dari Indonesia yang sentiasa segar dengan beberapa filem Islamik seperti Kiamat Sudah Dekat dan drama seperti Mutiara Hati.

Janganlah kita asyik sarat dengan cerita-cerita pelik yang banyak menonjolkan unsur negatif seperti gambaran pergi ke kelab malam, aksi-aksi lucah dan sebagainya.

" Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W; "Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan barang(perkara) yang tidak berguna kepadanya." Hadith ini hasan diriwayatkan oleh Tarmizi dan orang lainnya beginilah.

Sumber : Hadith 40, Mustapha 'Abdul Rahman ( hadith ke-12)


Pesan cikgu Abu, jika menulis drama Islam jangan saratkan dengan perkara negatif disepanjang jalan cerita kemudian akhirnya tunjuk orang tu bertaubat atas tikar sejadah di hujung cerita. Sepatutnya cerita Islam perlu sarat dengan ciri kehidupan seorang Muslim dan lebih kepada teknik imbas kembali bagi perkara negatif jadi kita dapat kurangkan gambaran yang tak elok...

Bagi yang hadir ke bengkel tu, kita nampaknya dah terbeban dengan satu lagi tanggungjawab.. Buatlah drama untuk semua yang sarat dengan ilmu Islam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.