Ahad, 10 Februari 2008

Kembali ke Sekolah...

Minggu lepas ( 3 Jan) saya dan dua orang rakan sempat berjalan-jalan menimba pengalaman di kota Kelang. Pengalaman selepas 2 jam sesat membawa kami melalui sekolah lama sahabat baik saya, KISAS. Disebabkan kawan saya terlalu 'exited' menemui kembali sekolah lama beliau, kami dipaksa rela untuk berhenti seketika demi memberi laluan kepada beliau mengimbau kembali kenangan manis di sekolah yang terkenal ini. Tetapi agak malang kami datang pada waktu malam dan sahabat saya juga tidak membawa kamera digital beliau bersama-sama maka kami membatalkan hasrat untuk berhenti. kemudian kami meneruskan perjalanan untuk menemui bapa saudara sahabat saya ( abah ) dan kami berjanji untuk kembali ke sekolah berkenaan di kemudian hari.

Keesokan harinya hasrat sahabat baik saya dapat ditunaikan dan kami melakukan lawatan secara 'haram' di sana. Sahabat saya berjaya mengambil beberapa keping gambar dan menemui guru-guru yang pernah mengajar beliau. Pertemuan semula dengan guru membuat kami terfikir akan di mana silapnya didikan di sekolah.

Cikgu : Eh kenapa kamu sorang je yang datang mana kawan-kawan kamu yang satu kelas dengan kamu?

Sahabat penulis : 'Senyum'

Cikgu : Kamu xde ' Boyfriend' ke?

Sahabat penulis : Eh, Mana ada cikgu. Saya tak main la benda-benda macam ni.

Cikgu : Ye ke? Kawan-kawan awak ada, takkan awak takde kot?

Sahabat Penulis : BETUL cikgu!

Cikgu : Bagusla macam tu, saya tengok remaja zaman sekarang ni walaupun dah mempunyai didikan agama yang sempurna perangai bila keluar sekolah macam tak pernah belajar. Ada yang dari menutup aurat jadi bukak. Bebas bergaul antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.. ( mungkin x sama sebijik cam cikgu tu cakap tapi mesej nya macam tu la lebih kurang...)

Sahabat Penulis : Entahla cikgu...

Sebenarnya fenomena begini memang banyak berlaku di pelbagai sekolah agama, tetapi sejauh mana kita memandang gejala ini adalah satu perkara yang serius. Adakah corak pembelajaran yang terlalu berperaturan di sekolah membuat jiwa remaja lepasan sekolah agama memberontak dan mengikut hati dan perasaan mereka? Persoalan beginilah yang menimpa pemikiran kami bertiga tengahari tersebut..

Perjalanan ke Klang memang banyak memberi pengalaman, kami sesat dan temui jalan, berhenti makan gula-gula kapas dan kemanisan ukhwah semasa bermusafir bersama-sama. ( pergi Klang je dikira musafir ke? )

P/S- Gambar akan diletakkan selepas ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.